suria

Malaysia Di Tempat Keenam Piala Sudirman

KUALA LUMPUR: Walaupun dianggap sebagai pasukan hebat dalam sukan badminton, Malaysia setakat berjaya menduduki ranking keenam, dua tempat di belakang Taiwan, di Piala Sudirman Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Double Star pada 22-29 Mei di Qingdao, China.

Menurut kenyataan BWF, ranking itu berdasarkan pada jumlah mata ranking dunia diperolehi oleh perseorangan dan regu tertinggi pada 3 Mac lepas.

"Juara bertahan China diletakkan sebagai pilihan utama diikuti oleh pemain nombor satu Eropah, Denmark dan bekas pemenang Indonesia di pilihan ketiga.

"Taiwan muncul sebagai pakej mengejutkan selepas mereka diletakkan sebagai pilihan keempat di hadapan Korea Selatan dan Malaysia, yang masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam," kata BWF dalam kenyataan di sini pada Rabu.

BWF berkata China mendapat mata ranking dunia tertinggi kerana ia menduduki nombor satu dalam perseorangan wanita (Wang Shixian) dan regu campuran (Zhang Nan/Zhao Yunlei).

"Dalam perseorangan lelaki, pemain ranking tertinggi China ialah Lin Dan (nombor tiga dunia) sementara Cai Yun-Fu Haifeng di ranking keenam dalam regu lelaki sementara Wang Xiaoli-Yu Yang di ranking ketiga pada regu wanita.

Gabungan China mempunyai jumlah mata ranking dunia 348,496," kata BWF.

Menurut BWF, Malaysia dan pilihan utama ditempatkan dalam divisyen elit 12-pasukan yang juga termasuk Thailand (pilihan ketujuh), Jepun (8), Jerman (9), India (10), England (11) dan Rusia (12).

Sebanyak 32 pasukan akan bersaing di kejohanan yang akhir sekali berlangsung pada 2009 di mana Malaysia berakhir di tempat ketiga.

Indonesia memenangi kejuaraan pertama Piala Sudirman pada 1989 dan Korea Selatan memenangi tiga kali iaitu pada 1991, 1993 dan 2005.

Sementara itu China mensasarkan gelaran kali kelapan pada tahun ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain