Chong Wei Mara Dalam Saingan Kejohanan All- England - Sukan | mStar

Chong Wei Mara Dalam Saingan Kejohanan All- England

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua dalam saingan Kejohanan All England yang sedang berlangsung di Birmingham Indoor Arena di England, Rabu.

Penyandang juara itu dengan mudah menewaskan pemain bukan pilihan Brice Leverdez dari Perancis dengan 21-9, 21-11 dalam masa hanya 24 minit di pusingan pertama perseorangan lelaki.

Chong Wei kini dijadualkan berhadapan dengan Bao Chunlai dari China yang menewaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 21-10, 21-6 di pusingan berikutnya.

Dalam acara beregu lelaki pula, pasangan nombor satu Malaysia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menumpaskan pasangan Rusia Vitalij Durkin/Alexandr Nikolaenko dengan 21-13, 21-13.

Turut mara ialah satu lagi pasangan beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How, yang mengenepikan pasangan dari Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu dengan 21-14, 21-19.

Lain-lain pemain negara bagaimanapun gagal menyerlah.

Dalam perseorangan lelaki, Wong Choong Han ditewaskan oleh pemain nombor tiga dunia Lin Dan dari China dengan 21-14, 21-17 manakala dalam acara wanita perseorangan Wong Mew Choo ditewaskan oleh seorang lagi pemain China Wang Xin.

Dalam acara beregu lelaki Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock tewas kepada Mohamad Ahsan/Bona Septano dari Indonesia dengan 21-10, 19-21, 21-14, manakala pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Yin pula ditewaskan juga oleh pasangan Indonesia Tantowi Ahmad/Liliyana Natsir 21-12, 7-21, 21-18.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain