suria

Perlawanan Penting Dan Menarik: Ince

Ince pernah menyarung jersi United dan Liverpool.
Ince pernah menyarung jersi United dan Liverpool.
Ince pernah menyarung jersi United dan Liverpool.

BEKAS pemain Manchester United dan Liverpool, Paul Ince menjelaskan tiada perlawanan yang lebih penting dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selain daripada pertembungan United dan Liverpool.

Dua pasukan ini bukan sahaja dekat secara geografi, tetapi keduanya mempunyai sejarah dominasi bola sepak tersendiri yang menjadi perhatian seluruh dunia.

“Kamu tahu ia bukan sahaja bermakna kepada kedua pasukan tetapi juga kepada kedua bandar ini. Perlawanan paling besar di negara ini adalah antara Manchester United dan Liverpool.

“Pasukan Liverpool menguasai bola sepak Inggeris pada zaman 80-an dengan memenangi pelbagai gelaran termasuk Piala European dan Piala UEFA. Selepas itu pada zaman 90-an Manchester United pula menguasai sukan ini dengan menjuarai liga sebanyak 18 kali dan kini perebutan semakin sengit.

“Saya rasa permusuhan kedua kelab ini berdasarkan sejarah mereka yang dicipta,” katanya.

Bekas pemain England ini berkata, taktik untuk menang perlawanan ini adalah mudah kerana pemain-pemain yang akan memainkan peranan.

“Apabila kamu bermain dalam perlawanan ini, ia lebih kepada persaingan peribadi. Kamu perlu fokus dengan siapa kamu bertemu dan tahu peranan setiap pemain,” katanya.

Ince jarang dikeluarkan ketika perlawanan dan mempunyai pengalaman dalam menghadapi kedua pasukan ini.

“Ini adalah peristiwa penting. Bola sepak adalah berkenaan dengan serangan yang menjadikan ia perlawanan yang hebat. Saya telah menjaringkan gol melalui tandukan untuk United ketika menentang Liverpool, dan turut menjaringkan gol buat Liverpool ketika menentang United untuk menjadi seri 2-2.

“Jadi saya telah mempunyai kenangan indah ketika bersama kedua pasukan ini dan mereka adalah kelab terbaik serta peminat yang setia,” katanya.

Perlawanan antara Liverpool dan United akan berlangsung Ahad ini di Anfield, jam 9.25 malam (siaran langsung Astro 812).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain