Malaysia Tetap Hantar Atlet Elit Di Sebalik Status Sukan SEA Indonesia - MSN

KUALA LUMPUR: Walaupun Indonesia akan menganjurkan Sukan SEA ke-26 dengan pelbagai acara yang disifatkan sebagai acara 'sarkas dan suka-neka', Majlis Sukan Negara (MSN) tetap akan menghantar gabungan atlet elit dan pelapis ke temasya itu dari 11-25 November.

Pengarah Bahagian Atlet MSN Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun berkata atlet elit yang termasuk dalam program 'Road to London (RTL) 2012' tidak akan menyertai temasya dwi-tahunan itu bagi memberi tumpuan kepada kejohanan kelayakan ke sukan Olimpik.

"Atlet yang kerap memenangi pingat emas di peringkat Sukan SEA juga tidak akan dihantar ke Indonesia kerana kita mahu mereka memberi tumpuan kepada temasya yang lebih tinggi statusnya seperti Sukan Asia," katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.

Ahmad Shapawi yang mengendalikan program atlet elit, pelapis dan paralimpik MSN telah ditanya adakah Malaysia akan menghantar atlet pelapis sahaja ke Sukan SEA Indonesia selepas tuan rumah menggugurkan banyak acara rutin dalam temasya tersebut dan sebaliknya banyak memasukkan acara baru dan sukan ekstrem.

Beliau menjelaskan Malaysia masih mempunyai ramai lagi atlet yang berstatus elit.

"Atlet di bawah program RTL adalah atlet berstatus super-elit. Di bawah status super-elit, masih ramai atlet elit yang pernah memenangi pingat atau beraksi di temasya lebih tinggi tarafnya dari Sukan SEA seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik," katanya.

Sebagai contoh katanya atlet 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid, walaupun berstatus atlet elit tetapi bukan berada di bawah program RTL dan layak beraksi di Sukan SEA.

Status atlet pelapis sendiri katanya tidak perlu dipertikai kerana majoriti daripada mereka mempunyai kelayakan dan catatan yang menghampiri status atlet elit kebangsaan.

Ahmad Shapawi berkata memandangkan Sukan SEA itu sendiri sebagai temasya yang berstatus rendah, MSN mungkin menambah jumlah atlet pelapis ke temasya tersebut sebagai sandaran negara pada masa hadapan.

"Menjadi amalan MSN untuk menyenaraikan atlet pelapis dalam kontinjen ke Sukan SEA tetapi dengan tindakan Indonesia merendahkan lagi status temasya tersebut, MSN mungkin menghantar lebih ramai pelapis pada temasya kali ini," katanya.

Pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Bali pada minggu lepas, Indonesia memuktamadkan 44 sukan dan 545 acara dipertandingkan pada edisi ke-26 temasya tersebut yang akan diadakan di dua venue, Jakarta dan Palembang.

Di antara sukan dan acara rutin yang digugurkan ialah hoki, biliard dan snuker, bola sepak wanita serta menawarkan satu acara bagi berbasikal trek dan memperbanyakkan acara lebuh raya yang menjadi kekuatan pelumba negara tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19