suria

Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi Geopark 2011 Dari 5-9 Disember

LANGKAWI: Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi Geopark 2011 akan diadakan di Kompleks Sukan Langkawi selama lima hari mulai 5 Disember depan.

Naib Pengerusi Persatuan Tenis Langkawi (PTL) Edham Nazri berkata kejohanan itu berlangsung pada masa yang hampir sama dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 2011) dari 6 hingga 10 Dis.

"PTL terpaksa membuat tempahan awal bilik penginapan hotel-hotel di Langkawi untuk menempatkan pemain," katanya di sini pada Rabu.

Katanya lebih 10 negara termasuk Malaysia, Korea, Singapura, Thailand, Filipina, Uzbekistan dan Indonesia akan diundang menyertai kejohanan itu.

Kejohanan tahunan anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi itu merupakan usaha mempromosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan tenis dan mencungkil bakat-bakat baru. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain