suria

MSS Jadi Perlumbaan Sokongan F1 Di Sepang

KUALA LUMPUR: Perlumbaan kereta pada Malaysia Super Series (MSS) buat pertama kali akan menjadi perlumbaan sokongan pada kejuaraan Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2011 pada April ini.

Kejuaraan MSS, yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini, telah mnerima suntikan semangat selepas pemegang lesen F1 Formula One Managment (FOM) meluluskan penyertaan MSS sebagai perlumbaan sokongan.

"Ini adalah pengiktirafan bagi MSS dan menggalakkan pembangunan sukan permotoran negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Sepang International Circuit (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmaf Razali, dalam kenyataan pada Isnin.

MSS diperkenalkan pada 2002 sebagai usaha SIC menyediakan lebih banyak acara sukan permotoran di Litar SIC bagi pelumba tempatan serta mencungkil bakat baru dalam bidang sukan tu.

Bagi musim 2011, perlumbaan kereta MSS akan mempertandingkan kategori Malaysian GT iaitu kelas terbuka, Kelas GT, Sports Production dan Touring Class dengan acara kelas 1 dan 2.

Berikutan perlumbaan pembukaan musim F1 2011 di Bahrain GP ditunda, Malaysia kini menjadi tuan rumah pusingan kedua dari 8 hingga 10 April ini selepas GP Australia pada 25 hingga 28 Mac ini.- BERNAMA

Artikel Lain