suria

Piala Carling: Kekalahan Beri Kesan Kepada Misi Arsenal

Obafemi Martins (kanan) muncul wira Birmingham selepas menjaringkan gol saat akhir di Stadium Wembley.
Obafemi Martins (kanan) muncul wira Birmingham selepas menjaringkan gol saat akhir di Stadium Wembley.
Obafemi Martins (kanan) muncul wira Birmingham selepas menjaringkan gol saat akhir di Stadium Wembley.

ARSENE Wenger berkata kekalahan mengejut Arsenal di tangan Birmingham City pada final Piala Carling mungkin memberi kesan kepada kelab itu dalam misi merebut tiga lagi trofi musim ini.

"Semua pemain menunjukkan reaksi kecewa di dalam bilik persalinan. Impian kami telah dimusnahkan. Saya amat kecewa dengan persembahan pasukan. Kami mempunyai beberapa masalah untuk memulakan perlawanan," kata Wenger selepas tewas 1-2 kepada Birmingham di Wembley pada Ahad.

Kelab yang berpangkalan di Utara London yang memenangi trofi terakhir pada Piala FA 2005 sekali lagi menerima kritikan akibat kelemahan dari segi mental dan kekuatan fizikal untuk menamatkan kemarau kejuaraan Arsenal.

Gol kemenangan Birmingham hadir pada minit ke-89 akibat kesilapan Wojciech Szczesny dan pemain pertahanan, Laurent Koscielny meninggalkan pemain Arsenal dalam keadaan kecewa selepas wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan itu sedikit sebanyak menjejaskan perancangan Arsenal untuk musim ini kerana mereka berdepan pelbagai persolanan ekoran kesilapan besar tersebut.

"Kami perlu kembali bangkit untuk membuktikan kepada semua pihak bahawa kami mempunyai kekuatan mental untuk memberi reaksi balas kepada lawan.

"Kami mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlawanan itu ketika terikat 1-1 tetapi, kami gagal. Apa yang kami berjaya lakukan setakat ini adalah menang 18 perlawanan dan hanya tewas satu perlawanan serta kecundang saat akhir di sini," tambahnya.

Arsenal bakal berdepan satu lagi pertembungan getir pada Mac di mana mereka akan bertemu kelab divisyen tiga, Leyton Orient dalam pusingan kelima Piala FA di Emirates, Rabu ini.

Jika mereka berjaya melayakkan diri, The Gunners akan bertemu musuh utama, Manchester United dalam pertembungan suku akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain