Punca Kemalangan Azizulhasni Di Manchester Akan Disiasat - Sukan | mStar

Punca Kemalangan Azizulhasni Di Manchester Akan Disiasat

JASIN: Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) akan menyiasat punca kemalangan yang menimpa jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, ketika menyertai kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana ia membabitkan faktor keselamatan.

"Saya serah kepada pihak persatuan dan pihak UCI untuk membuat siasatan terhadap perkara ini kerana ia lebih kepada keselamatan bagi velodrom itu, sama ada terdapat unsur kecuaian dan kelemahan, atau bentuk kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita setelah melepaskan 30 peserta konvoi bermotosikal dan lawatan mesra di sekitar Kampung Ayer Molek, Kolam Taman Maju di sini pada Ahad.

Beliau mengulas insiden betis kiri Mohd Azizulhasni ditusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter di Manchester pada minggu lepas.

Bagaimanapun, pelumba trek berbasikal yang menjadi sandaran utama negara meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik di London tahun depan, berjaya menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa bagi terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Menyentuh perkembangan terkini Mohd Azizulhasni, Ahmad Shabery berkata walaupun kecederaan yang dialami memerlukan masa untuk pulih, namun beliau boleh beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda 23 Mac ini jika pakar memberi 'lampu hijau'.

"Tiada sebab untuk kita hendak menghalang orang yang begitu bersemangat sepertinya untuk terus bertarung," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke Australia pada Mac ini dan beliau dijangka sempat menjenguk Mohd Azizulhasni di Melbourne, yang kini menjalani proses pemulihan akibat kecederaan itu.

"Saya percaya lawatan Najib akan menambahkan dan memberi suntikan baru ini, kerana ketika dalam kesakitan dan tidak sedarkan diri pada hari kemalangan, apa yang keluar dari mulutnya ialah beliau hendak jadi juara (Sukan) Olimpik (di London) dan beliau bimbang takut tidak dapat ke Olimpik.

"Beliau (Azizulhasni) tetap hendak jadi nombor 1 kerana atas nama 'Saya orang Malaysia' dan 'Saya mahu menaikkan nama Malaysia...inilah semangat Mohd Azizulhasni Awang," katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery merasmikan pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Chinchin di sini, serta meluluskan peruntukan RM30,000 untuk kemudahan padang awam sekolah itu.

Dalam majlis berasingan, beliau turut meluluskan peruntukan RM25,000 kepada persatuan belia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Terentang.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).