suria

Piala Dunia: Nicol Ketuai Cabaran Malaysia Di Chennai

CHENNAI: Jaguh skuasy dunia Datuk Nicol Ann David akan mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia acara berpasukan campuran di sini dari 8 hingga 12 Mac ini.

Jurulatih Perunding bagi Persekutuan Skuasy India (SRFI), Mejar (B) S. Maniam, berkata selain Nicol, 10 pemain utama dunia akan turut menyertai kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan oleh Malaysia pada 1996.

"Setakat ini sembilan negara telah mengesahkan penyertaan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya negara yang akan mengambil bahagian ialah Australia, Mesir, England, Perancis, India, Malaysia, Mexico, Afrika Selatan dan Sri Lanka.

Maniam, bekas jurulatih Malaysia, berkata pusingan awal akan diadakan di Akademi Skuasy India manakala perlawanan akhir akan berlangsung dalam gelanggang kaca di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Kejohanan dwi tahunan itu akan menawarkan hadiah wang tunai US$50,000 (RM152,675).- BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Calar Rekod Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain