suria

M’Bia Sepatutnya Dilayangkan Kad Merah: Fergie

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mendakwa bahawa pemain pertahanan Marseille, Stephane M’Bia sepatutnya dilayangkan kad merah dan keluar padang pada saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung awal pagi khamis.

Keputusan seri 0-0 kedua pasukan ternyata tidak menggembirakan bos United itu, lebih-lebih lagi selepas menjatuhkan penyerang utama pasukan Wayne Rooney , dua minit sebelum wisel tamat dibunyikan.

Namun pengadil, Felix Brych membuat bahawa keputusan tindakan itu tidak salah.

“Saya fikir M'Bia sangat bertuah dan pengadil berada dalam keadaan yang baik. Tetapi saya tidak faham mengapa dia tidak memberi sepakan percuma dan membuat keputusan yang lebih tepat, kad merah,” katanya selepas perlawanan.

Fergie berkata, keseluruhan perlawaanan ini sangat mengecewakan biarpun pemain-pemain menjalankan tugas masing-masing yang memastikan mereka tidak mahu kalah.

"Kami mempunyai peluang tetapi tidak mencukupi," katanya.

Artikel Lain