suria

Fabregas Direhat Kerana Kecederaan

KAPTEN Arsenal, Cesc Fabregas disahkan tidak dapat beraksi pada saingan akhir Piala Carling Ahad ini.

Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang ke atas Stoke City Rabu lalu.

“Ia kecederaan yang tidak serius tetapi setakat ini keadaanya tidak bersedia untuk beraksi pada Ahad ini.

“Dia sememang kecewa dan kami turut simpati dengan keadaannya itu. Hanya satu jalan untuk mengembalikan keceriaannya ialah dengan menjuarai perlawanan ini kerana dia telah banyak membantu pasukan untuk sampai ke tahap ini,” kata pengurus pasukan, Arsene Wenger.

Pun begitu, Wenger mengharapkan Fabregas akan kembali pulih menjelang perlawanan timbal balik menentang Barcelona pada saingan Liga Juara-Juara (CL) pada 8 Mac ini.

“Sukar untuk memberi tempoh untuk dia pulih. Ia agak mustahil,” katanya.

Selain itu, turut tidak dapat beraksi pada final Ahad ini termasuk Theo Walcott yang turut mengalami kecederaan buku lali.

Artikel Lain