suria

Walcott Tidak Beraksi Pada Final Piala Carling

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengessahkan kecederaan di buku lali yang dihadapi Theo Walcott menyebabkan dia tidak dapt beraksi pada saingan akhir Piala Carling menentang Birmingham Ahad ini.

Walcott yang mengalami kecederaan ketika menentang Stoke City Rabu terpaksa diketepikan daripada skuad utama, malah kapten pasukan Cesc Fabregas turut mengalami kecederaan hamstring.

Wenger berkata, Walcott mengalami kecederaan di buku lali dan terkeluar daripada aksi final nanti. Saya tidak pasti berapa lama, namun dia tidak boleh bermain Ahad ini.

“Manakala Fabregas mengalami masalah hamstring. Kita akan ketahui keadaan secepat mungkin sama ada ia serius atau tidak.

“Masalah yang dialami Fabrages itu sedikit sebanyak bakal mengganggu persiapan pasukan, namun ia tidak boleh dielak.Dia sangat kecewa dengan keadaan ini tetapi itu bukan salah dia atau saya. Ia adalah sebahagian daripada sukan.

“Agak pelik ia berlaku pada minit awal perlawanan, tetapi kita perlu menghadapinya. Kami mengendalikan situasi ini dengan cara yang lebih profesional,” katanya.

Fabregas mengalami kecederaan selepas 14 minit beraksi sebelum digantikan dengan Andrey Arshavin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain