suria

Tarikh Ironman Langkawi 2011 Ditunda

LANGKAWI: Kejohanan Ironman Malaysia Triathlon Langkawi edisi ke-12 di sini yang dijadual Ahad ini, akan ditunda ke suatu tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian.

Pengarah kejohanan itu, A.Chandrakumanan berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan World Triathlon Cooperation (WTC) untuk menetapkan tarikh baru itu.

Beliau berkata penundaan itu disebabkan pihak penganjur menghadapi masalah ketiadaan sumber kewangan untuk mengendalikan kejohanan besar itu, yang memerlukan RM3 juta termasuk menyediakan hadiah dan perbelanjaan logistik lain.

Sehubungan itu, Chandrakumanan berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil alih penganjuran kejohanan itu mulai tahun ini.

Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180.2 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer dan Langkawi menjadi antara lokasi pusingan kelayakan ke kejohanan dunia di Kona, Hawaii. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain