suria

Rexy Mainaky Mahu Kien Keat-Boon Heong Kekal Momentum

KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu negara Rexy Mainaky yang gusar dengan prestasi semasa pasangan jaguh beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mahu mereka meningkatkan prestasi bagi menghadapi kejohanan All England bulan depan.

Kekalahan pasangan tersebut seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia bulan lalu sedikit membimbangkannya.

Namun mereka kemudiannya melangkah ke separuh akhir Terbuka Korea awal bulan ini.

"Mungkin kerana pada masa Terbuka Malaysia, mereka baru selesai cuti panjang (cuti Krismas dan Tahun Baru). Jadi mental mereka masih kurang bersedia. Ternyata mereka bermain lebih baik dan lebih fokus pada Terbuka Korea.

"Jadi dengan kemajuan itu dan training yang cukup, harap mereka akan bermain lebih baik pada All England nanti," katanya semasa sesi latihan skuad negara di Stadium Juara Bukit Kiara, Rabu.

Sebelum menyertai All England yang pernah mereka menangi pada 2007, Kien Keat dan Boon Heong akan menyertai Terbuka Jerman dari 1-6 Mac ini.

Pasangan beregu Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon, Fairuzizuan Tazari/Ong Soon Hock dan Gan Teik Chai/Tan Bin Shen akan turut menyertai Terbuka Jerman.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Zandra-Adrian Terlepas Pingat Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain