suria

Pusingan Pembukaan F1 Di Bahrain Dibatalkan

PENGANJUR Grand Prix Bahrain mengambil keputusan untuk membatalkan perlumbaan pembukaan Formula Satu (F1) selepas melihat pergolakan anti-kerajaan yang semakin serius apabila tujuh orang terbunuh dan lebih daripada seratus orang mengalami kecederaan.

Sebelum itu ujian akhir para musim yang berlangsung di Litar Sakhir juga turut dibatalkan ekoran situasi ini pada 3 Mac lalu.

Dengan penangguhan di Bahrain ini bermakna GP Australia akan menjadi tuan rumah perlumbaan puisngan pertama pada 27 Mac ini.

“Litar Antarabangsa Bahrain mengumumkan bahawa Raja Bahrain mahu membatalkan untuk menjadi tuan rumah F1 tahun ini bagi memberi fokus kepada keadaan di negara ini,” jelas satu kenyataan, Isnin.

Mereka menambah bahawa Putera Mahkota Salman Hamad al-Khalifa telah memberitahu perkara ini kepada pemilik perlumbaan kereta F1, Bernie Ecclestone.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain