suria

Persaingan Paling Menarik: Ancelotti

Ancelotti (tengah) memberi arahan kepada pemain-pemainnya pada sesi latihan menjelang pertemuan dengan Copenhagen awal pagi Rabu.
Ancelotti (tengah) memberi arahan kepada pemain-pemainnya pada sesi latihan menjelang pertemuan dengan Copenhagen awal pagi Rabu.
Ancelotti (tengah) memberi arahan kepada pemain-pemainnya pada sesi latihan menjelang pertemuan dengan Copenhagen awal pagi Rabu.

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelloti yakin skuadkan akan keluar bertarung kerana baginya persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini adalah yang paling menarik.

Bagaimana pun impian The Blues lebih sukar musim ini apabila bakal berdepan dengan pasukan FC Copenhagen pada saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Kuara (CL) awal pagi Rabu (3.40 pagi) selepas mimpi buruk terkeluar dalam saingan Piala FA Sabtu lalu kepada Everton.

Juara EPL 2010 ini juga menghadapi saat sukar untuk mempertahanankan kejuaraannya apabila kini berada di tangga kelima liga, ketinggalan 12 mata dari pendahulu liga, Manchester United (57 mata).

“Ini mungkin musim terbaik tahun ini yang akan terus kekal dalam ingatan. Mungkin ia yang terburuk, saya tidak pasti dan kita perlu tunggu dan lihat kerana Chelsea masih ‘hidup’,” katanya.

Biarpun situasi tidak begitu baik bagi kedudukan Ancelotti sebagi pengendali kelab, namun dia akui tidak panik dengan keadaan ini.

“Ini adalah bola sepak. Ia bukan mudah untuk terus kekal berada di atas dan kadang-kala kamu perlu menghadapi saat sukar. Banyak masa yang telah saya surahkan untuk menguruskan saat ini. Jadi kita perlu tunggu kerana ia belum tamat.

Sementara itu, Ancelotti berkata perlawanan menentang Copenhagen bukanlah mudah kerana pasukan ini mempunyai corak permainan yang teratur.

“Ia tidak akan mudah kerana mereka mempunyai konsentrasi yang baik. Kami perlu bermain selama 90 minit dan mereka mempunyai pemain-pemain yang bagus.

“Conpenhagen telah menunjukkan permainan yang baik pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini. Mereka mempunyai kekuatan, dan pastinya kami akan melakukan segalanya untuk memastikan keputusan yang baik.

“Jika mereka mempunyai tempo yang menarik, begitu juga kami yang kan bekerja keras serta menunjukkan permainan yang berkualiti. Jika ada kemahuan, kami akan menang,” katanya.

Selain itu, pada pertemuan ini, penyerang baru, Fernando Torres dijangka akan membarisi senarai pemain utama dan kapten pasukan, John Terry yakin bekas penyerang Liverpool itu akan mempamarkan aksi terbaik.

"Fernando mungkin menjadi kunci pasukan ini. Melihat keadaan sekarang yang agak jauh dengan kedudukan liga dan terkeluar dalam persaingan lain, dan dengan itu kami boleh fokus terhadap perlawanan CL ini.

“Kami sedar perlawanan ini bukan mudah, tetapi jika kami fokus kepada permainan serta dengan kehadiran Fernando, ia lebih baik bagi kami,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain