suria

Penyerang Kami Tidak Bermusuh: Ancelotti

Kedudukan Drogba (kiri) dikatakan tergugat selepas kehadiran Torres, (kanan).
Kedudukan Drogba (kiri) dikatakan tergugat selepas kehadiran Torres, (kanan).
Kedudukan Drogba (kiri) dikatakan tergugat selepas kehadiran Torres, (kanan).

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelloti menjelaskan bahawa Fernando Torres dan Didier Drogba tidak bermusuhan tetapi berganding bahu membawa pasukan ke landasan yang betul bagi persaingan musim ini.

Rekod perpindahan Torres dikatakan isyarat kepada Drogba di Stamford Bridge bagi meningkatkan lagi momentum permainan yang agak hambar, lebih-lebih lagi aksi gandingan dua pemain ini ketika menentang Fulham pada saingan liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Namun Ancelotti berkata, prestasi sebenar gandingan dua penyerang ini akan mengambil masa untuk lebih menonjol.

“Sangat salah sekiranya mengatakan gandingan ini adalah persaingan antara kedua mereka. Mereka kini berada dalam keadaan bekerjasama bagi membantu pasukan untuk melakukan yang terbaik. Sikap kerjasama ini perlu ada dalam pasukan, bukan persaingan,” katanya.

Sementara itu, penolong kapten pasukan, Frank Lampard berkata, jika pasukannya gagal untuk layak ke Liga Juara-juara (CL) tahun depan, ia adalah satu malapetaka.

Manakala Ancelotti berkata, ia kegagalan kepada semua, bukan hanya kelab kerana bermain dalam CL adalah perkara paling penting.

“Saya mahu melatih pasukan dalam CL kerana saya fikir ia adalah perlawanan yang terbaik di dunia. Perasaan ini tidak sama dengan Liga Europa.

“Bagi musim ini, berada di tempat keempat adalah satu pencapaian yang baik dalam EPL. Ia adalah perebutan paling sengit untuk enam pasukan kerana saya rasakan Liverpool mengidam untuk berada di tempat keempat liga,” katanya.

Artikel Lain