Pemain Kebangsaan Perlu Kerap Dikumpul Bersama - Sukan | mStar

Pemain Kebangsaan Perlu Kerap Dikumpul Bersama

KUALA LUMPUR: Raja Bola Datuk Abdul Ghani Minhat mencadangkan pemain skuad kebangsaan yang bermain dengan pelbagai negeri dan kelab dikumpulkan sebulan sekali untuk menjalani latihan.

Beliau berkata amalan mengumpul pemain dari pelbagai negeri dan kelab untuk membentuk skuad kebangsaan tidak akan menjejaskan momentum sebagai sebuah pasukan bagi menghadapi kejohanan.

"Kalau sudah sampai dua bulan tidak berlatih bersama, elok panggil mereka berlatih jangan biar mereka tidak jumpa lama-lama," katanya ketika ditanya mengenai amalan sukan bola sepak di negara ini yang hanya mengumpul pemain untuk membentuk skuad mewakili negara dalam tempoh terdekat sebelum ke sesuatu kejohanan.

Beliau berkata tidak semestinya pemain negara perlu disatukan dan bermain secara tetap dalam satu pasukan.

"Apa yang penting adalah mereka sentiasa berlatih 'bersama bola' secara konsisten, tidaklah mereka duduk diam sahaja," katanya," Sabtu.

Abdul Ghani berkata bermain dengan pasukan negeri atau kelab yang berbeza akan mendedahkan pemain dengan pelbagai corak latihan dan dalam masa yang sama memperkembangkan permainan mereka.

"Tujuan berlatih bersama adalah untuk lebih mengenali gaya permainan antara satu sama lain, persefahaman akan wujud kalau mereka berlatih dengan baik bersama," katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Penyerang Kami Tidak Bermusuh: Ancelotti

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel