suria

Pelayar Malaysia Tonjol Prestasi Cemerlang

LANGKAWI: Malaysia bermula baik pada kejohanan Qatar International Regatta 2011 Sail The Gulf edisi ke-19 yang berlangsung di Doha apabila pelayar negara menjadi pendahulu beberapa kategori selepas menamatkan saingan dua dari empat hari perlumbaan.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata pelayar elit, Khairul Nizam Mohd Afendy masih menjadi pendahulu acara Laser Standard setelah memenangi kesemua enam perlumbaan pada Rabu dan Khamis.

"Kedudukannya sukar digugat oleh pelayar lain, peluang mengungguli acara itu adalah baik," katanya, Jumaat.

Selain itu gandingan Mohd Latif Khan dan Mohd Hafizudin Mazelan turut cemerlang menjadi pendahulu dalam acara International 420 manakala rakan sepasukan Nor Afikah Mohd Latif dan Khairunesa Mohd Afendy menduduki tangga kedua acara itu.

Seorang lagi pelayar negara Khairuneta Mohd Afendy menduduki tangga kedua acara International 4.7.

Lebih 200 pelayar dari 12 negara menyertai kejohanan itu yang bermula Selasa sehingga Sabtu ini.

Mohd Afendy berkata kejohanan itu sebagai menguji kemampuan pelayar negara dalam persiapan menghadapi Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada November.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain