suria

Liverpool Sekadar Seri

PASUKAN Liverpool gagal meraih sebarang jaringan pada aksi menentang Sparta Prague dalam Liga Europa yang berlangsung di AXA Arena, awal pagi Jumaat.

Impian Kenny Dalglish yang ingin melihat anak buahnya menang di peringkat Eropah sejak mengambil alih pasukan ini tidak tercapai biarpun peluang untuk menjaringkan gol terbuka luas.

Pun begitu, penjaga gol The Reds, Jose Reina telah melaksanakn tugasnya dengan cemerlang selepas mneyelamatkan beberapa percubaan bahaya pemain-pemain Prague.

Bagaimana pun peluang kedua pasukan ini untuk mencipta kemenangan masih terbuka apabila bakal bertemu pada perlawanan kedua mereka minggu depan di Anfield.

Selain itu, satu lagi perlawanan yang turut menjadi perhatian di peringkat 32 pasukan Liga Europa ini ialah saingan antara pasukan Napoli menentang Villareal yang mengalami nasib sama apabila sekadar seri tanpa jaringan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain