suria

Gol Trio Brazil Lonjak Shakhtar

Pemain tengah Shakhtar, Jadson menjaringkan gol penyamaan ketika menentang AS Roma di Stadium Olimpico.
Pemain tengah Shakhtar, Jadson menjaringkan gol penyamaan ketika menentang AS Roma di Stadium Olimpico.
Pemain tengah Shakhtar, Jadson menjaringkan gol penyamaan ketika menentang AS Roma di Stadium Olimpico.

ROME: Jaringan trio Brazil membantu Shakhtar Donetsk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Roma, awal pagi Khamis untuk memastikan pasukan dari Ukraine itu mempunyai bekalan selesa pada pertemuan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Jadson, Douglas Costa dan Luiz Adriano membantu pasukan bangkit selepas Simone Perrotta membuka jaringan awal untuk Roma pada minit ke-28.

Gol Jeremy Menez pada babak kedua mengembalikan harapan Roma untuk merapatkan jurang mata dengan Shakhtar menjelang pertemuan kedua di Donetsk dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Roma nampak tertekan. Saya tidak faham mengapa peminat mengejek mereka dan agak sukar untuk beraksi dalam situasi sebegitu.

"Pada babak kedua Roma beraksi dengan baik, jadi anda tidak boleh menyalahkan mereka. Kami juga tampil cemerlang dan memiliki lima pemain berusia 20 hingga 21 tahun," kata Pengurus Shakhtar, Mircea Lucescu.

Pengurus Roma, Claudio Ranieri memberitahu pasukannya gagal melakukan keajaiban seperti yang mereka lakukan pada babak kedua.

"Kami sudah mempamerkan persembahan terbaik secara taktikalnya tetapi apa yang diharapkan tidak menjadi seperti dirancang. Namun kami tidak akan berputus-asa dan akan menebus kekecewaan pada pertemua kedua kelak," jelasnya.

Roma nyaris berada di depan seawal minit ke-21 tetapi tandukan Nicolas Burdisso tersasar jauh selepas menerima sepakan penjuru Francesco Totti.

Artikel Berikut

Artikel Lain