suria

Bolton Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA

Gol tunggal Klasnic (kiri) membantu Bolton mara ke pusingan kelima Piala FA.
Gol tunggal Klasnic (kiri) membantu Bolton mara ke pusingan kelima Piala FA.
Gol tunggal Klasnic (kiri) membantu Bolton mara ke pusingan kelima Piala FA.

WIGAN: Ivan Klasnic muncul hero Bolton Wanderers apabila menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Wigan Athletic 1-0 pada aksi timbal balik pusingan keempat Piala FA di Stadium DW pada Rabu.

Skuad kendalian Owen Coyle itu akan mara ke pusingan kelima menentang Fulham, hujung minggu ini menerusi jaringan Klasnic pada babak kedua.

Meskipun, Bolton kekal dalam persaingan untuk memburu kejuaraan Piala FA, Wigan kini hanya menumpukan perhatian terhadap saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Di sebalik kemenangan itu, Bolton turut menerima khabar buruk apabila Sam Ricketts bergelut dengan kecederaan Achilles yang memaksa dia diketepikan selama beberapa minggu.

"Kecederaan itu hadir pada waktu yang tidak sepatutnya. Pasukan perubatan memberitahu kecederaan itu memerlukan tempoh beberapa minggu untuk sembuh. Kami akan mengetahui tahap kecederaan Ricketts hari ini," kata Coyle.

Dalam pertembungan getir itu, kedua-dua pengurus merehat beberapa tonggak utama.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez melakukan sembilan pertukaran manakala Coyle hanya enam perubahan dalam skuad.

Artikel Berikut

Artikel Lain