suria

Arsenal Bangkit Atasi Barcelona

Pemain Arsenal meraikan kemenangan mereka ke atas Barcelona.
Pemain Arsenal meraikan kemenangan mereka ke atas Barcelona.
Pemain Arsenal meraikan kemenangan mereka ke atas Barcelona.

LONDON: Andrey Arshavin melengkapkan gol kemenangan Arsenal pada babak kedua untuk membantu pasukan itu menundukkan Barcelona 2-1 pada aksi pertama 16 kelompok terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Emirates, awal pagi Khamis.

David Villa meletakkan Barcelona di depan seawal minit ke-26 dengan memanfaatkan hantaran Lionel Messi.

Meskipun juara Sepanyol itu mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, corak permainan Barcelona jelas berubah sejurus Villa dikeluarkan.

Victor Valdes memberi peluang kepada Arsenal untuk kembali dalam saingan apabila membenarkan Robin van Persie mengikat kedudukan menerusi percubaan dari jarak dekat pada minit ke-78.

Lima minit kemudian, Samir Nasri berjaya membolosi tembok pertahanan Barca dan melakukan hantaran kepada Arshavin untuk disempurnakan.

"Jika anda terus ketinggalan, mereka akan cuba menewaskan anda. Oleh itu, kami perlu mengatasi mereka dengan cara tersendiri. Akhirnya, ia adalah keputusan menakjubkan," katanya.

Bagaimanapun, Arsenal akan bertemu dengan Barca dalam pertembungan kedua, 8 Mac ini dalam usaha menebus kekecewaan musim lalu selepas tewas pada pusingan suku akhir di Nou Camp.

Tahun lalu, empat gol Messi membantu Barca mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Arsenal pada pertemuan kedua selepas terikat 2-2 di Stadium Emirates.

"Kami tahu cara untuk menundukkan mereka. Kami bukan saja memiliki pasukan kuat tetapi kental dari segi fizikal. Kemenangan ini akan mengukuhkan falsafah kami di bahagian serangan," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Terdahulu, Barca menamatkan rekod kemenangan dalam 16 perlawanan selepas terikat 1-1 dengan Sporting Gijon pada saingan La Liga, Sabtu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain