suria

Peluang Chelsea Pertahan Kejuaraan Makin Samar

Torres (kiri) diasak pemain Fulham, Carlos Salcido (kanan) ketika pertemuan di Craven Cottage.
Torres (kiri) diasak pemain Fulham, Carlos Salcido (kanan) ketika pertemuan di Craven Cottage.
Torres (kiri) diasak pemain Fulham, Carlos Salcido (kanan) ketika pertemuan di Craven Cottage.

LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu semakin tipis selepas pasukannya terikat 0-0 dengan Fulham di Craven Cottage, awal pagi Selasa.

Penjaga gol Petr Cech muncul wira Chelsea apabila menyelamatkan sepakan penalti Clint Dempsey pada saat akhir.

Namun keputusan seri itu meletakkan Chelsea kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Manchester United.

Justeru, Ancelotti mengakui kini anak buahnya hanya bergantung harapan untuk memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

"Kini jurang 12 mata terlalu besar. Misi utama adalah untuk beraksi dalam semua perlawanan dengan semangat dan disiplin tinggi.

"Tidak dinafikan agak sukar untuk kembali merampas kejuaraan tetapi kami ada misi utama untuk dicapai sehingga final Piala FA.

"Perkara paling penting adalah bangkit mengisi kelompok empat teratas. Saya percaya kami berupaya melakukannya seperti pertemuan hari ini," katanya.

Penyerang Chelsea, Fernando Torres sekali lagi beraksi hambar meskipun diberi kepercayaan untuk melakukan kejutan di awal permainan tetapi dia gagal memberikan sebarang impak.

Bagaimanapun, Ancelotti mempertahankan keputusan untuk menurunkan Torres dengan mendakwa Didier Drogba perlu direhatkan selepas minggu lalu mereka digandingkan bersama.

"Fernando beraksi dengan cemerlang. Dia menggunakan segala keupayaannya untuk bergerak. Dia ada peluang pada babak pertama tetapi saya mengeluarkannya dengan Didier yang lebih cergas

David Luiz turut melakukan penampilan pertama untuk Chelsea sehingga dia menjatuhkan Clint Dempsey sekaligus menghadiahkan sepakan kepada Fulham.

Sementara itu, pengurus Fulham, Mark Hughes terkilan dengan keputusan seri itu walaupun mereka berjaya mengekang kemaraan pasukan lawan sehingga tamat permainan.

Artikel Berikut

Artikel Lain