suria

Massa Catat Masa Terpantas Di Jerez

Massa tampil cemerlang bersama jentera barunya.
Massa tampil cemerlang bersama jentera barunya.
Massa tampil cemerlang bersama jentera barunya.

FELIPE Massa melakukan catatan masa terpantas pada hari pertama ujian pra musim kedua di Jerez dengan memandu jentera baru, Ferrari F150.

Pemandu kelahiran Brazil itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 minit 20.709 saat ketika sesi ujian pra musim, awal pagi Khamis.

Catatan masa itu berjaya dipertahankan sehingga lewat petang dan Massa bebas daripada berdepan sebarang masalah.

"Saya amat gembira dengan persembahan hari ini. Ujian pra musim ini membantu saya menyesuaikan diri dengan jentera terutamanya kriteria pemilihan tayar. Kami juga mencuba pelbagai perkara seperti yang kami lakukan di Valencia," kata Massa.

Sementara itu, Massa turut memberi kata perangsang kepada Robert Kubica yang mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika perlumbaan Rali di Itali baru-baru ini.

Kubica bagaimanapun sudah dikeluarkan dari unit rawatan rapi di sebuah hospital di Itali.

"Saya lega apabila mengetahui Kubica menunjukkan reaksi positif," katanya.

Artikel Berikut

Bendtner Mungkin Tinggalkan Arsenal

Artikel Lain