suria

Wolfsburg Pecat McClaren

BEKAS pengurus England, Steve McClaren (gambar) dipecat oleh gergasi Jerman, Wolfsburg, selepas mengemudi kelab itu selama lapan bulan.

"VfL sudah tidak bekerjasama dengan Steve McClaren dan tugasnya akan diambil-alih Pierre Littbarski," kata pengurus besar Wolfsburg, Dieter Hoeness.

McClaren menyertai Wolfsburg pada musim panas lalu, seminggu selepas mengemudi FC Twente memenangi kejuaraan Eredivisie.

Dia berjaya mengemudi pasukan itu memenangi lima daripada 21 perlawanan Bundesliga dan tewas 0-1 kepada Hannover.

Kelab itu menduduki tangga ke-12 daripada 18 pasukan Bundesliga, satu mata disisihkan daripada zon penyingkiran.

Ketika kemuncak kariernya bersama Twente, McClaren juga pernah mengemudi Middlesbrough menjulang trofi Piala Liga dan membawa pasukan itu mara ke final Piala UEFA di mana mereka tewas kepada Sevilla.

Namun kedudukannya sebagai pengurus England menghampiri penghujungnya selepas beliau gagal membawa pasukan melayakkan diri ke Euro 2008 dan tempatnya digantikan oleh Fabio Capello

McClaren mengekalkan kedudukannya bersama Wolfsburg pada Januari walaupun menerima tekanan kerana prestasi hambar pasukan dengan peminat menyalahkan lembaga pengarah kerana tidak membawa pemain baru pada musim panas lalu.

Baru-baru ini, sekumpulan peminat melakukan protes terhadap McClaren kerana gagal membawa apa-apa kejayaan walaupun dengan kehadiran pemain baru seperti Patrick Helmes, Tuncay, Koo Ja-cheol dan Yohandry Orozco yang dibawa masuk hasil penjualan Edin Dzeko ke Manchester City.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain