suria

Peruntukan Biasiswa Sukan Ditambah

Khaled Nordin (dua, kiri) menyampaikan Hadiah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi kepada atlit Terjun Negara Leong Mun Yee (kanan). - foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi menambah peruntukan biasiswa sukan kementerian itu daripada RM5 juta kepada RM10 juta tahun ini dalam usaha meningkatkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang sukan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa pada masa ini, kementerian menaja 391 orang atlet dari institusi pengajian tinggi termasuk 129 orang atlet negara dan pelapis menerusi biasiswa itu.

"Penambahan itu akan membolehkan tambahan penajaan untuk 100 hingga 150 atlet lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Sukan KPT di sini, Isnin.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan hadiah kecemerlangan sukan berjumlah RM420,000 kepada atlet daripada IPT yang telah meraih pingat pada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Universiti Asean tahun lepas.

Antara penerima hadiah itu ialah atlet renang Daniel Bego dan Khoo Chai Lin, atlet wushu Chai Fong Yi, atlet menembak Bibiana Ng dan atlet karate-do L.Kunasilan.

Mohamed Khaled berkata bagi menjaga kebajikan atlet IPT, kementerian sedang mengkaji untuk mewujudkan skim perlindungan insurans untuk mereka.

"Hal ini akan kita putuskan dalam sedikit masa lagi," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain