Persidangan Perubatan Sukan Dan Sains Sukan Pada September - Sukan | mStar

Persidangan Perubatan Sukan Dan Sains Sukan Pada September

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) akan menganjurkan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan pada 27 hingga 30 September nanti.

Persidangan yang bertemakan "Perubatan, Sains dan Teknologi: Memperkasakan Sukan Berprestasi Tinggi akan diadakan di Dewan Perdana, ISN, Bukit Jalil.

Menurut satu kenyataan ISN pada Selasa persidangan bertujuan membincangkan penyelidikan terkini dan mengenal pasti hala tuju kajian saintifik bidang itu oleh penceramah serta pakar tempatan dan antarabangsa.

Objektif persidangan adalah untuk menyediakan forum bagi mempersembahkan dan membincangkan amalan terbaik peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan.

"Kami menggalakkan semua penyelidik, ahli akademik, saintis sukan, pengamal perubatan sukan, ahli teknologi sukan dan penuntut yang berhasrat membentangkan hasil kerja mereka mengemukakan abstrak pembentangan bagi persidangan itu," menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai persidangan boleh diperoleh daripada laman web rasmi ISN di www.isn.gov.my.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Mohd Azlan Juara Blunose Classic

Artikel Berikut

Peruntukan Biasiswa Sukan Ditambah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain