suria

West Brom Pecat Di Matteo

Di Matteo dipecat kerana gagal memberi keputusan baik kepada kelab.
Di Matteo dipecat kerana gagal memberi keputusan baik kepada kelab.
Di Matteo dipecat kerana gagal memberi keputusan baik kepada kelab.

PENGURUS West Bromwich Albion, Roberto Di Matteo dipecat selepas gagal memberi keputusan gembira kepada pihak pengurusan kelab, Ahad.

“West Bromwich Albion hari ini melepaskan ketua jurulatih, Roberto Di Matteo daripada terus mengemudi pasukan dan tempatnya itu akan digantikan dengan jurulatih lain.

“Keputusan sebulat suara ini dibuat oleh barisan pengarah kelab yang risau mengenai keputusan pasukan yang telah mengalami kekalahan sebanyak 13 kali daripada 18 perlawanan dan hanya menang tiga perlawanan,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu.

Sementara itu pengerusi kelab, Jeremy Peace berkata, keputusan ini amat sukar dilakukan tetapi sebagai badan pengurusan kelab, ia adalah keputusan betul yang perlu dibuat demi mengharungi Liga Perdana Inggeris ini.

“Keputusan buruk yang diterima sebelum ini lebih daripada tiga bulan telah memberi satu petanda yang tidak baik. Sekiranya ia diteruskan, sasaran kami dalam persaingan ini bakal menjadi lebih sukar. Sebab itu kami mengambil keputusan ini sekarang.

“Kini kami mula mencari pengganti yang sesuai yang boleh meningkatkan kembali pasukan.

“Saya mewakili pengarah-pengarah lain, ingin mengucapkan terima kasih kepada Roberto sepanjang 19 bulan mengendalikan pasukan ini dan sumbangan yang cemerlang pada musim lalu. Kami harapkan dia dan keluarganya lebih berjaya di masa depan.

“Roberto telah menunjukkan komitmen yang baik. Bagaimana pun keputusan perlawanan yang lebih baik perlu dimiliki dan kami tiada jalan lain selain menggantikan dengan orang lain,” katanya.

Jurulatih Michael Appleton akan mengambil alih tugas ini untuk sementara waktu sehingga pengurus baru dilantik.

Artikel Sebelum

Wolfsburg Pecat McClaren

Artikel Lain