suria

Kubica Mungkin Terlepas Perlumbaan F1 Musim Baru

Kubica dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terlibat dengan kemalangan ketika rali minor berhampiran Genoa pada Ahad.

PEMANDU Formula Satu (F1), Robert Kubica berdepan risiko tidak dapat memandu jentera lasak itu untuk musim baru selepas tangan kanan dan kakinya cedera teruk akibat kemalangan ketika bertanding dalam kejuaraan rali minor di Itali pada Ahad.

Menurut pasukannya, Kubica dilaporkan koma selepas menjalani pembedahan selama tujuh jam melibatkan tujuh doktor.

Musim F1 akan bermula di Bahrain pada 13 Mac ini tetapi pakar bedah, Mario Igor Rossello memberitahu kumpulan warta di Hospital Santa Corona, Pietra Ligure dekat Genoa bahawa pemandu berusia 26 tahun itu mungkin memerlukan masa selama setahun untuk pulih.

"Kita akan menunggu keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi. Kubica mungkin terpaksa dibedah semula untuk merawat kecederaannya itu.

"Pemandu F1 sentiasa menjadi pesakit istimewa. Saya berharap agar Kubica sembuh secepat mungkin berbanding pesakit biasa," jelas Rossello.

Menurut Rossello dalam kenyataan Renault, lengan kanan Kubica mengalami kecederaan teruk sehingga memberi kesan terhadap tulang dan otot tendonnya.

Artikel Sebelum

Wolfsburg Pecat McClaren

Artikel Lain