suria

Stoke Ranapkan Impian Sunderland

IMPIAN Sunderland untuk mengutip mata penuh pada perlawanan menentang Stoke City terkubur apabila tewas 2-3 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Britannia, Sabtu.

Biarpun berjaya menjaringkan gol seawal minit kedua permainan melalui Kieran Richardson, ia sedikit pun tidak menggugat barisan pemain Stoke City sehingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui jaringan John Carew pada minit ke-32.

Jaringan penyamaan itu memberi sedikit tekanan kepada penghuni di tangga keenam liga ini sekali gus cuba melakukan serangan, namun gagal menambah jaringan sehingga separuh masa pertama tamat.

Sementara itu, babak kedua menyaksikan penyerang The Black Cats, Asamoah Gyan berjaya menambah jaringan pada minit ke-48, tetapi skuad kendalian Tony Pulis tidak berputus untuk mencari gol penyamaan sehingga minit ke-83, Robert Huth berjaya menyamakan jaringan.

Terdesak dengan kedudukan seri, pasukan Sunderland sekali lagi cuba melakukan serangan pantas tetapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Stoke.

Huth sekali lagi menjadi wira pasukan The Potters apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pasukannya sekaligus mengecewakan anak buah Steve Bruce ini. Empat minit masa tambahan tidak mampu membantu pasukan Sunderland menyamakan kedudukan.

Pasukan Stoke: Begovic, Wilkinson, Shawcross, Huth, Higginbotham, Pennant, Whitehead, Delap, Etherington, Jones, Carew Pemain simpanan: Sorensen, Collins, Whelan, Wilson, Pugh, Walters, Shotton.

Pasukan Sunderland: Gordon, Onuoha, Mensah, Ferdinand, Bramble, Bardsley, Henderson, Muntari, Sessegnon, Richardson, Gyan Pemain simpanan: Mignolet, Zenden, Malbranque, Angeleri, Riveros, Colback, El-Mohamady.

Artikel Sebelum

Wolves Calar Rekod Man United

Artikel Berikut

Artikel Lain