suria

Neville Gantung But

PEMAIN pertahanan Manchester United, Gary Neville (gambar) mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak berkuat-kuasa serta-merta.

Neville yang akan menjangkau usia 36 tahun bulan ini jarang diturunkan dalam tempoh dua musim lalu kerana sering bergelut dengan kecederaan.

"Saya sentiasa menjadi penyokong kuat Manchester United seumur hidup saya dan impian saya telah direalisasikan selama ini.

"Memang saya sedih kerana era saya di atas padang sudah berakhir. Namun, setiap pemain bola sepak akan mengalami situasi yang sama cuma tidak tahu masanya.

"Saya beraksi bersama kelab terhebat dengan dibarisi pemain terbaik dunia. Saya berasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi pelbagai kejuaraan," kata Neville.

Neville tidak beraksi sejak awal tahun ini ketika United menundukkan West Brom di Hawthorns di mana dia bernasib baik kerana tidak diperintah keluar padang kerana mengasari Graham Dorrans.

Ia adalah penampilan ke-602 Neville bersama Red Devils. Dia juga melakukan 85 penampilan bersama skuad kebangsaan England.

Manchester United, Gary Neville

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anelka Suntik Semangat Chelsea

Artikel Lain