suria

Kemenangan 1-0 Ke Atas Harimau Muda A Satu Permulaan Baik - Wan Jamak

SEREMBAN: Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hasan menganggap kemenangan pasukannya ke atas Harimau Muda A pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman di sini malam tadi sebagai satu permulaan baik.

Katanya walaupun menang tipis 1-0, tapi yang penting Negeri Sembilan mengutip tiga mata penuh.

"Kita masih lagi di peringkat awal dan masih tercari rentak untuk mantapkan pasukan. Saya akui terdapat kelemahan jentera serangan tapi kelemahan ini akan kita baiki dalam setiap perlawanan yang akan kita lalui," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kedua-dua pasukan malam tadi.

Pada perlawanan itu, pemain gantian Mohd Shaffik Rahman menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-87.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee pula berkata anak-anak buahnya bermain dengan baik, namun kealpaan di penghujung perlawanan membawa padah apabila pasukan tuan rumah memperoleh gol kemenangan.

"Pada keseluruhannnya saya bangga dengan persembahan pemain saya, namun terkilan apabila mereka melakukan kesilapan di minit-minit akhir perlawanan. Pemain saya bermain baik untuk mengekang asakan lawan. Saya harap mereka akan memperbaiki kelemahan ini di perlawanan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain