suria

Piala FA: Chelsea, Everton Sekadar Seri

Kalou menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.
Kalou menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.
Kalou menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.

LONDON:Juara musim lalu, Chelsea bangkit selepas ketinggalan untuk mengikat kedudukan 1-1 dengan Everton pada pusingan keempat Piala FA yang berlangsung di Goodison Park, Sabtu

Gol penyelamat Salomon Kalou pada minit ke-75 membantu Chelsea mengelak aib selepas The Toffees mendahului seawal minit ke-62 menerusi jaringan Louis Saha.

Chelsea yang mengemukakan bidaan terhadap Fernando Torres tetapi ditolak The Reds masih mengharapkan sentuhan pemain Sepanyol itu untuk mengatasi prestasi hambar Nicolas Anelka dan Didier Drogba di bahagian serangan.

Tidak mahu terus dirundung kecewa, Chelsea bangkit apabila Kalou bijak mencuri ruang untuk menyamakan kedudukan.

Everton hampir memperoleh gol kemenangan saat akhir apabila Jermaine Beckford cuba merembat masuk bola ke gawang lawan sebelum pengadil aksi final Piala Dunia, Howard Webb membunyikan wisel penamat.

Sebanyak 11 perlawanan berlangsung pada Sabtu termasuk Manchester United yang berkunjung ke Southampton.

Crawley yang menundukkan Derby dalam pusingan terdahulu berada pada laluan terbaik untuk menghampiri pusingan kelima bertemu Torquay.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain