suria

Liverpool Tolak Bidaan Chelsea Terhadap Torres

Torres menyuarakan komitmennya untuk kekal bersama Liverpool untuk tempoh jangka masa panjang.
Torres menyuarakan komitmennya untuk kekal bersama Liverpool untuk tempoh jangka masa panjang.
Torres menyuarakan komitmennya untuk kekal bersama Liverpool untuk tempoh jangka masa panjang.

LIVERPOOL menolak bidaan Chelsea untuk mendapatkan khidmat penyerang Fernando Torres, sejam selepas Kenny Dalglish menyempurnakan perpindahan bintang Uruguay, Luis Suarez.

Menurut kelab itu pada Jumaat, mereka telah bersetuju untuk merealisasikan pembelian Suarez dari Ajax Amsterdam bernilai 22.8 juta pound (RM110 juta). Malah mereka tetap ingin mengekalkan khidmat Torres di Anfield.

"Fernando mempunyai kontrak jangka masa panjang dan kelab amat berbesar hati dengan komitmennya untuk memperkuat Liverpool," kata kelab Merseyside itu dalam laman web mereka.

Pada Khamis, Liverpool menolak kenyataan media yang melaporkan bahawa mereka menerima rekod perpindahan bernilai sekitar 40 juta pound (RM194 juta) dari Chelsea terhadap Torres.

Torres bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim ini tetapi kehadiran Dalglish ternyata memberi impak kepada persembahan pemain kelahiran Sepanyol itu.

Dalglish yang mengambil alih peranan Roy Hodgson buat sementara waktu berjaya membantu Liverpool menduduki tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris.

The Reds mendedahkan mereka sudah mendapat kebenaran daripada Ajax untuk berbincang syarat peribadi dengan Suarez dan wakilnya.

Suarez, 24, menjaringkan 111 gol dalam 159 penampilannya bersama Ajax.

"Saya faham Luis mahu menyertai Liverpool tetapi kedua-dua pihak perlu mencapai kata sepakat berhubung penghijrahannya itu," kata jurulatih Ajax, Frank de Boer.

Digelar 'El Pistolero' atau 'The Gunfighter', Suarez baru saja tamat menjalani tempoh digantung tujuh perlawanan kerana menggigit bahu pemain PSV Eindhoven, Othman Bakkal dalam saingan Liga Belanda, November lalu.

Dia turut mencetuskan kontroversi dalam aksi Piala Dunia tahun lalu apabila gol bantuan tangannya pada saat akhir membawa Uruguay ke separuh akhir selepas menewaskan Ghana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain