suria

Liga Super: Pertemuan Terengganu - Sabah Sebelah Petang

KUALA TERENGGANU: Perlawanan sulung Liga Super antara Terengganu dan Sabah di sini esok akan berlangsung pada waktu petang.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Abdullah Salleh berkata perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) pada 4.45 petang.

"Kita tidak dapat mengadakan perlawanan itu pada sebelah malam seperti biasa kerana masih ada masalah teknikal lampu limpah," katanya kepada Bernama.

Abdullah berkata SSINS telah dipasang lampu limpah yang baru mengikut standard yang ditetapkan tetapi timbul sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, beliau berkata untuk perlawanan akan datang akan dilangsungkan pada sebelam malam di SSINS apabila masalah itu dapat diatasi.

Abdullah memohon maaf kepada para peminat bolasepak yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada pasukan Terengganu berikutan masalah itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain