Gelaran Pakar Bukit Malaysia Milik Pelumba TSG - Sukan | mStar

Gelaran Pakar Bukit Malaysia Milik Pelumba TSG

GENTING HIGHLANDS: Selama dua hari berturut-turut, nama pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) telah tercatat sebagai pelumba Malaysia pertama tiba ke garisan penamat bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.

Pada perlumbaan peringkat kelima Khamis, giliran Mohd Saufi Mat Senan pula menjadi pelumba negara pertama mencecah garisan penamat selepas perlumbaan peringkat keempat (Rabu) Mohd Shahrul Mat Amin telah menjadi pelumba pertama menamatkan saingan.

Paling menarik, kedua-dua pelumba ini adalah anak kelahiran Terengganu yang menyarung jersi pasukan TSG serta pertama kali menyertai perlumbaan paling berprestij di Asia ini.

Sekiranya Shahrul mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menawan puncak Cameron Highlands, Saufi pula tidak berdepan masalah besar untuk sampai ke garisan penamat di Genting Highlands.

Saufi, 20, mengambil masa 3:36:06 saat untuk menduduki tempat ke-21 pada saingan peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highland sejauh 124.3 kilometer (km) itu.

Pengurus pasukan, Ahmad Kamarul Idrus mengakui dia berpuas hati dengan pencapaian barisan pelumba muda pasukan itu.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keputusan pasukan ini. Setakat ini, segala-galanya berjalan lancar dan mengikut perancangan," katanya kepada media selepas tamat perlumbaan.

"Strategi kami pada dua peringkat pendakian ini (Cameron dan Genting Highlands) adalah untuk memastikan barisan pelumba pecut kami iaitu Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh menamatkan perlumbaan dalam masa yang ditetapkan.

"Tetapi pada masa yang sama, barisan pelumba bukit kami juga berjaya melakukan tugas masing-masing dengan baik," katanya.

Pada perlumbaan ini, Shahrul yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-35 di Cameron Highlands (Rabu) berjaya sampai ke garisan penamat di kedudukan ke-41, di belakang rakan sepasukan, Puchong Sai-Udomsin (Thailand).

Sementara itu pelumba Jepun, Shinichi Fukushima yang terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan sebelum ini di tempat ke-53, diikuti Harrif (ke-80) dan Jaguh Pecut 2010, Anuar Manan (ke-84).

Bagi kedudukan individu keseluruhan (Jersi Kuning), Saufi berada di tempat ke-29, Shahrul (ke-38), Puchong (ke-40), Shinichi (ke-75), Anuar (ke-77) dan Harrif (ke-97).

Menurut Ahmad Kamarul, baki lima peringkat perlumbaan selepas ini akan berlangsung di laluan landai dan mereka meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat.

Selain itu, mereka juga akan mengatur strategi untuk memastikan Anuar merampas Jersi Biru selaku Raja Pecut yang dimenangi tahun lalu.

Artikel Sebelum

Amar Rohidan Turut Terima Ganjaran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain