suria

United Bangkit Elak Aib

Chicarito (kiri) meraikan jaringannya bersama Berbatov di Bloomfield Road, Blackpool.
Chicarito (kiri) meraikan jaringannya bersama Berbatov di Bloomfield Road, Blackpool.
Chicarito (kiri) meraikan jaringannya bersama Berbatov di Bloomfield Road, Blackpool.

BLACKPOOL: Dimitar Berbatov menjaringkan dua gol ketika Manchester United bangkit selepas ketinggalan untuk menundukkan Blackpool 3-2 dalam perlawanan menarik pada awal pagi Rabu.

United menghampiri kekalahan pertama musim ini selepas Blackpool menguasai perlawanan babak pertama menerusi jaringan pemain pertahanan, Craig Cathcart dan penyerang DJ Campbell.

Namun tindakan Pengurus United, Sir Alex Ferguson menurunkan pemain veteran, Ryan Giggs dari bangku simpanan ternyata berhasil apabila beliau banyak mempengaruhi kebangkitan Red Devils di babak kedua.

Berbatov berjaya merampas kembali tiga mata untuk membantu United terus menguasai kedudukan Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 selepas Javier Hernandez mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-74.

"Semangat kami untuk menang sentiasa ada di United. Kami tidak beraksi dengan baik pada babak pertama tetapi berjaya mengubah rentak permainan di separuh masa kedua.

"Kami tahu mereka pasti keletihan di babak kedua tetapi kami meneruskan permainan dan menguasai semula permainan. Ryan menyuntik semangat pasukan, tahap kecergasan Hernandez sentiasa menjadi ancaman lawan dan Berbatov menjaringkan gol untuk kami musim ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain