Pasukan Tony Menang Bicara Pusingan Pertama Terhadap Proton - Sukan | mStar

Pasukan Tony Menang Bicara Pusingan Pertama Terhadap Proton

KUALA LUMPUR: Pasukan Formula 1 milik Datuk Tony Fernandes, Pasukan Lotus, telah memenangi perbicaraan pusingan pertama dengan Proton di Mahkamah United Kingdom (UK).

Proton, pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus.

Perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac.

Berikutan keputusan itu, Tony menyatakan beliau "sanggat sangat gembira dengan keputusan pada Selasa.

"Dan, sangat gembira bahawa perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac. Yang benar, kebiasaannya, akhirnya menang," katanya.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Lotus berkata mereka sangat gembira atas kejayaan pada perbicaraan permohonan penghukuman terus di London itu pada Isnin dan hakim telah menolak permohonan berkenaan walau pun sebelum dilakukan penghujahan oleh peguam kedua-dua pihak.

"Walau pun keputusan itu tidak pernah meragukan, ia bermakna kami telah memulakan musim 2011 di bawah nama Pasukan Lotus," katanya.

"Sambil kami menjangka hakim akan menolak permohonan ini, adalah baik untuk mendapat keputusan secara hitam putih," kata Pasukan Lotus.

Katanya hakim juga merasakan langkah mempercepatkan tarikh perbicaraan penuh ke hadapan adalah demi kepentingan semua pihak dan ia kini ditetapkan pada 21 Mac daripada memerlukan Pasukan Lotus menunggu sehingga musim gugur 2011 atau kemudian lagi.

"Kami terus berkeyakinan bahawa kami akan berjaya pada perbicaraan penuh dan kami kini boleh fokus pada cabaran yang mendatang di dalam Kejohanan Dunia FIA Formula One 2011," kata Pasukan Lotus.

Berdasarkan laporan, kekalahan permohonan kumpulan Proton bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengari pada perbicaraan penuh.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain