suria

Carew Sertai Stoke

Stoke menyempurnakan perpindahan penyerang Aston Villa, John Carew sehingga hujung musim ini.

Pemain berusia 31 tahun yang tamat kontrak di Villa Park pada musim panas selepas ketibaan Darren Bent memaksa Carew terpaksa bersaing untuk mengisi kesebelasan utama. Carew lulus pemeriksaan kesihatan pada Khamis dan akan memperkuat Stoke ketika berkunjung ke Fulham, hari ini. "Ini adalah perpindahan menakjubkan. Carew mampu memberikan penampilan terbaik bersama kami berdasarkan rekod permainannya sebelum ini," kata Pengurus Potters, Tony Pulis. Menurutnya, pengalaman Carew di peringkat antarabangsa termasuk Liga Juara-Juara Eropah bersama Valencia sedikit sebanyak membantu pasukan mengharungi kempen musim ini dengan lebih baik.

"Dia merupakan penjaring terbanyak Aston Villa musim lalu dengan 17 gol. Dia antara penyerang luar biasa dan punya kelas tersendiri," tambahnya.

Artikel Lain