suria

Lebih 100 Wakil Media Buat Liputan LTdL

LANGKAWI: Lebih 100 wakil media elektronik dan cetak dari dalam dan luar negeri dijangka akan membuat liputan kejohanan lumba basikal terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 di sini mulai Ahad ini.

Pengurus Operasi Media LTdL 2011, Harmalis Md Hamidon berkata hari ini, mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar dan krew tv dari Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Poland, Jepun, Taiwan, Thailand, Singapura dan Malaysia.

LTdL 2011 kembali membuka tirai di Pulau Lagenda ini apabila berada dalam senarai laluan perlumbaan berstatus Hors yang akan membuka tirainya dari 23 Januari hingga 1 Februari ini.

"Pulau Langkawi kembali dalam kalendar perlumbaan LTdL tahun ini selepas mengambil pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan nostalgia perlumbaan ke pulau itu" katanya.

Edisi ke-16 LTdL yang melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 1,315.4 km itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1 juta.

Lebih 100 pelumba dari 23 pasukan akan mengambil bahagian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Beregu Utama Negara Kecundang

Artikel Lain