suria

Wenger Nafi Fabregas, Denilson Tidak Sebulu

Van Persie (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.
Van Persie (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.
Van Persie (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

LEEDS: Arsene Wenger menegaskan tidak wujud perselisihan faham di antara Cesc Fabregas dan rakan pasukan, Denilson selepas pemain dari Brazil itu mengkritik kapten The Gunners tersebut dalam satu temubual bersama stesen televisyen Brazil.

Denilson mengkritik kualiti kepimpinan Fabregas dengan berkata, "Fabregas adalah kapten tetapi dia bukan ketua kepada saya."

Namun Wenger mengakui tiada wujud sebarang perselisihan faham sesama mereka yang membantu Arsenal mengetepikan Leeds 3-1 dalam perlawanan pusingan ketiga timbal balik di Elland Road, Rabu.

"Saya tidak tahu sama ada komen itu kasar. Mungkin ia diterjemahkan begitu teruk di England. Mereka masih berkawan baik dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya mempunyai ramai ketua di dalam pasukan.

"Samir Nasri adalah kapten pada hari ini. Cesc adalah pemain yang menonjol walaupun dia baru saja berusia 22 tahun," kata Wenger.

Gol jaringan Nasri dan Bacary Sagna membantu Arsenal berada di depan sebelum Bradley Johnson mengurangkan defisit menerusi sepakan jarak jauh.

Pemain gantian Van Persie meletakkan kedudukan 3-1 lima minit kemudia selepas diturunkan dari bangku simpanan.

"Sesiapa saja amat suka membuat spekulasi tetapi kami di sini bermain bola sepak. Pada hari ini kami berjaya menunjukkan sikap kepimpinan. Kami mahu melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan," jelasnya.

Berbekalkan kemenangan itu, Arsenal kini sedang berusaha untuk menamatkan kemarau kejuaraan buat kali keenam.

Ketinggalan dua mata di belakang Manchester United dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL), anak buah Wenger juga mara ke separuh akhir Piala Liga dan menempatkan diri ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka akan bertemu Huddersfield pada pusingan keempat Piala FA, 30 Januari ini selepas mengecewakan Leeds.

Artikel Sebelum

Zakry/Thien How Lebih Yakin

Artikel Lain