suria

Pienaar Sah Sertai Spurs

Pienaar merealisasikan perpindahan ke White Hart Lane.
Pienaar merealisasikan perpindahan ke White Hart Lane.
Pienaar merealisasikan perpindahan ke White Hart Lane.

STEVEN Pienaar menyempurnakan perpindahan dari Everton ke Tottenham selepas menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab itu.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu lulus ujian kesihatan di padang latihan Chigwell sebelum merealisasikan perpindahannya yang dipercayai bernilai 2.5 juta pound (RM12.2 juta).

Pienaar yang tamat kontrak dengan Everton pada musim panas ini memilih menyertai Spurs berbanding Chelsea selepas bidaan dipersetujui kedua-dua kelab itu.

"Kami berasa bangga untuk mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai dengan Everton dan Steven Pienaar berhubung perpindahannya ke White Hart Lane," menurut kenyataan yang dikeluarkan Spurs dalam laman web kelab itu.

Pienaar telah mengesahkan perpindahan itu menerusi Twitternya pada Selasa.

"Untuk menamatkan spekulasi saya berhijrah ke Spurs. Saya mempunyai tahun menakjubkan bersama Everton dan kelab itu sentiasa bertakhta di hati saya. Saya akan menyarung jersi bernombor 40 di sini," katanya.

Pienaar menyertai Everton secara pinjaman dari Borussia Dortmund pada 2007 dan menandatangani kontrak tetap setahun kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain