suria

Shahidan Akan Pertahan Jawatan Presiden KOAM

KANGAR: Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga itu pada 29 Januari ini.

Katanya, beliau juga sedia dicabar jika ada yang ingin bertanding jawatan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis KOAM di sini pada Ahad, beliau berkata, setakat ini sokongan berpihak kepadanya bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2006 itu.

"Jika ada yang ingin bertanding dalam apa jua jawatan dalam KOAM, bertandinglah secara adik beradik," kata bekas Menteri Besar Perlis itu.

Shahidan berkata, KOAM juga akan memberi bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) dalam hal pembangunan atlet.

KOAM akan berjumpa Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong minggu depan bagi membincangkan soal pembangunan sukan olahraga.

Ini termasuk hasrat KOAM untuk mengubah venue latihan atlet olahraga dari Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil ke Kompleks Sukan Ranau di Sabah, kata Shahidan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain