Kien Keat, Boon Heong Buru Kejuaraan Kedua - Sukan | mStar

Kien Keat, Boon Heong Buru Kejuaraan Kedua

PETALING JAYA: Beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berazam mempertahankan kejuaraan Super Siri Terbuka Malaysia Proton 2011 yang dimenangi tahun lalu meskipun bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu dilihat menjadi platform terbaik buat Kien Keat/Boon Heong untuk menebus kekecewaan selepas tewas kali kedua pada Kejohanan Super Siri Final Masters di Taiwan awal bulan ini.

"Selepas Sukan Asia tahun lalu, fikiran kami sedikit terganggu kerana melakukan banyak latihan untuk kejohanan besar. Jadi kami tidak boleh fokus dan melakukan persiapan dengan baik," kata Kien Keat ketika ditemui pemberita selepas program klinik badminton amal anjuran OSIM Malaysia Sdn Bhd untuk Persatuan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di pusat membeli-belah One Utama di sini, Ahad.

OSIM merupakan penaja Terbuka Malaysia yang akan membuka tirainya dari 18 hingga 23 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, bermula tahun ini.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Ipoh, Perak itu yakin tuah di gelanggang sendiri akan berpihak kepada mereka selepas mengambil kira persediaan yang dilakukan sepanjang minggu lalu bersama jurulatih Rexy Mainaky.

"Kami tidak boleh mengatakan bersedia 100 peratus tetapi akan melakukan yang terbaik pada Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea. Kedua-dua kejohanan itu merupakan sasaran utama kami musim ini," ujarnya.

Mengulas mengenai persediaan untuk kejohanan itu, Kien Keat menjelaskan segalanya berjalan dengan lancar sekaligus mengukuhkan lagi keyakinan yang dilaungkan mereka untuk memburu kejuaraan kedua kali ini.

Dalam perlawanan pusingan pertama, Kien Keat/Boon Heong yang menjadi beregu pilihan utama untuk kejohanan itu diundi bertemu Hong Wei/ Sheny Ye dari China pada Rabu ini.

Bagaimanapun regu dari Korea Selatan yang menewaskan mereka pada perlawanan pertama di Taiwan baru-baru ini, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong akan bertemu pasangan Belanda, Bosch Ruud/Ridder Koen dalam perlawanan berasingan.

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Asia

Artikel Berikut

LTdL 2011: Kejutan Menanti Pelumba Malaysia

Artikel Berkaitan

default image

Azizulhasni Azam Tebus Kecewa

default image

Hujan Lebat Ubah Rentak Kayuhan Adiq

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain