Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan - Ahmad Shabery - Sukan | mStar

Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih pemain perseorangan badminton negara adalah bersifat teknikal mengenai aspek kejurulatihan dan bukannya bersifat peribadi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Berdasarkan luahan hati Misbun, keputusannya meletak jawatan daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sehari sebelum tahun baru ialah berdasarkan perdekatan berbeza dalam aspek kejurulatihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata rumusan tersebut berdasarkan pertemuannya dengan Misbun, presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, malam tadi.

Beliau berkata pada pertemuan antara mereka berempat, " Datuk Nadzmi memberi pandangannya mengenai isu yang sama dan (beliau juga) akan membawa luahan hati Misbun kepada mesyuarat exco BAM pada Rabu ini."

"Terpulang kepada exco badan induk badminton negara untuk memutuskannya," dan mahukan mesyuarat exco BAM untuk membuat keputusan menang-menang agar tidak memberi kesan kepada sukan tersebut memandangkan jasa Misbun kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan, katanya.

Ahmad Shabery berkata, pada pertemuan tersebut, Misbun turut menafikan khabar angin bahawa dirinya dan anak didiknya, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai agenda peribadi.

"Ada khabar angin mengatakan kedua-dua mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM. Misbun menafikan wujudnya perancangan tersebut," katanya.

Chong Wei sebelum ini menyatakan hasratnya untuk keluar dari BAM dan menyertai 'sifunya' selepas Misbun, yang melatihnya selama enam tahun, meletak jawatan.

Ahmad Shabery berkata jasa Misbun kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Man United Ketepikan Liverpool 1-0

Artikel Berikut

Sukan Mampu Menyatukan Rakyat - Najib

Artikel Berkaitan

default image

Guardini Terus Kuasai LTDL 2011

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain