suria

Selamat Tinggal Liverpool: Hodgson

Hodgson terpaksa akur meninggalkan Liverpool selepas gagal mencipta banyak kemenangan kepada Liverpool.
Hodgson terpaksa akur meninggalkan Liverpool selepas gagal mencipta banyak kemenangan kepada Liverpool.
Hodgson terpaksa akur meninggalkan Liverpool selepas gagal mencipta banyak kemenangan kepada Liverpool.

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson mengambil keputusan berundur diri daripada terus mengemudi The Reds dan tempatnya bakal digantikan dengan legenda bola sepak, Kenny Dalglish sehingga tamat musim ini.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab selepas manyaksikan Liverpool kini berada di tangga ke-12 Liga Perdana setelah menghadapi saat sukar dengan 12 kekalahan musim ini.

Hodgson meninggalkan Merseyside dengan rekod membantu pasukan memenangi 13 daripada 31 perlawanan sepanjang mengendalikan kelab itu.

“Menerima tawaran mengendalikan kelab Liverpool merupakan saat manis buat saya. Setiap pengurus akan menghargai peluang ini untuk mencipta sejarah, menanam semangat tradisi serta sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat setia.

“Liverpool merupakan antara kelab terbaik di dunia. Bagaimana pun sejak beberapa bulan lalu ia merupakan cabaran kepada kepada karier saya. Saya sangat sedih kerana tidak sempat memberi sesuatu kepada pasukan, dan diberi masa untuk memilih pemain baru ke kelab ini pada musim perpindahan nanti serta tidak sempat menyaksikan proses kebangkitan kelab ini.

“Kelab ini mempunyai keistimewaan tersendiri, mempunyai pemain kelas dunia yang sanggup bekerja keras dan saya mengharapkan pasukan ini akan berjaya pada musim ini,” katanya.

Hogdson berkata, dia berterima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dengan menjalinkan hubungan baik sepanjang berada di kelab ini.

“Mereka telah memberi kesetiaan kepada kelab serta sokongan yang tidak berbelah bagi ketika saat sukar, dan akhir sekali kepada penyokong-penyokong Liverpool yang telah memberi keghairahan kepada pemain untuk pemain terus menunjukkan aksi terbaik mereka,” katanya.

Sementara itu, Dalglish yang pernah mengemudi Liverpool pada tahun 1985/86 akan bersama kelab ini sehingga tamat musim dan bakal membawa pasukan menghadapi Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan Piala FA malam ini (Ahad).

Selain itu, pemilik kelab, John Henry berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Dalglish yang bersetuju menggantikan Hodgson sekali gus menguruskan pasukan bagi perlawanan sengit di Old Trafford nanti.

“Kenny bukan sahaja legenda bola sepak, dia juga merupakan antara tiga orang pengurus pasukan yang berjaya. Kami sangat berbesar hati dengan kehadirannya yang turut bersetuju untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat musim ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain