suria

Redknapp Gembira Kehadiran Beckam

DAVID Beckam bakal memberi tarikan baru kepada penyokong-penyokong pasukan Tottenham tidak lama lagi selepas dia dijangka akan berpindah ke White Hart Lane secara pinjaman berdasarkan reaksi positif pengurus kelab itu, Harry Redknapp.

Perbincangan antara Tottenham dan kelab terkini Beckam, Los Angeles Galaxy berjalan lancar pada Jumaat lalu dan Redknapp berkata, perpindahan ini akan menjadi kenyataan setelah beberapa minggu perkara ini dibincangkan.

Bagaimana pun Redknapp yakin berita gembira boleh mengubah prestasi kelabnya itu dan turut berharap agar penyokong-penyokong kelab itu sedar bahawa kehadiran Beckham sangat berbaloi.

“Mereka akan menyambut kedatangan Beckham. Semua orang menghormatinya,” katanya.

Redknapp berkata, Beckham ingin bermain bola sepak, berbeza dengan pemikiran pemain-pemain lain yang lebih kepada 'mengikut' sahaja apa yang terjadi. Tetapi dia memang ingin beraksi.

“Dia boleh menceritakan segalanya kepada kamu. Sebab itulah dia dianggapkan berjaya dalam kariernya. Dia sentiasa bekerja keras dan meletakkan dirinya dalam pasukan serta dia juga adalah pelatih yang bagus. Kamu tidak pernah mendengar orang mengkritik cara dia bermain,” katanya.

Selain itu, keputusan Beckam ke England secara tidak langsung adalah untuk membuktikan kepada jurulatih The Three Lions, Fabio Capello bahawa dia mempu mengutip 115 kaps selepas diketepikan Capello sejak penghujung tahun 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Lain