suria

Mancini Pertahan Corak Permainan Kotor City

Sagna dan Zabaleta menerima kad merah ketika pertemuan di Emirates.
Sagna dan Zabaleta menerima kad merah ketika pertemuan di Emirates.
Sagna dan Zabaleta menerima kad merah ketika pertemuan di Emirates.

LONDON: Roberto Mancini enggan meminta maaf di atas taktik kotor Manchester City ketika terikat 0-0 dengan Arsenal di Emirates.

Anak buah Mancini memilih menggunakan pendekatan selamat untuk mengekalkan kedudukan kedua di belakang Manchester United, dua mata mendahului The Gunners yang berada di tempat ketiga.

Pengurus kelahiran Itali itu percaya pasukannya berada pada kedudukan terbaik dalam usaha memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Saya lebih gemar untuk pulang ke gelanggang sendiri dengan satu mata kerana apabila anda tiba di Emirates, Arsenal pasti beraksi lebih baik. Jadi anda perlu menekankan taktik bertahan. Itu lumrah dalam bola sepak.

"Tidak semua pasukan boleh beraksi seperti Arsenal. Saya percaya mereka pasukan hebat. Ia cara sama yang perlu ditekankan ketika anda bertemu Barcelona. Anda perlu kekal bertahan. Kami juga berada di tahap terbaik seperti Arsenal dan United," jelas Mancini.

Mancini dan pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut mengkritik keputusan pengadil Mike Jone yang melayangkan kad merah terhadap Bacary Sagna dan Pablo Zabaleta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ferguson Belum Puas Hati

Artikel Lain