suria

Kedah Pulun Dua Pemain Perlis Dan Seorang Pemain Terengganu

ALOR SETAR: Bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini, Kedah mendapat khidmat dua pemain Perlis iaitu Mohd Fauzie Nan dan Amar Rohidan serta seorang pemain Terengganu, Mohd Firdaus M. Faudzi. Mohd Fauzie pernah mewakili Kedah bagi musim 2005.

Amar merupakan pemain tengah Perlis musim lalu sementara Mohd Firdaus merupakan penyerang Terengganu.

Kedah malam tadi mengumumkan senarai pemain dengan mengekalkan 16 pemain musim lalu iaitu Mohd Helmi Eliza, Abdul Hadi Abd Hamid, Mohd Al- Hafiz Hamzah, Mohd Shahril Faizal, Shafizan Hashim, Mohd Azmi Muslim, Khairul Helmi Johari, Mohd Fazliata Taib dan Mohd Sabre Mat Abu.

V.Thirumurugan, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fauzi Shaari, Ahmad Shakir Md Ali, Azlan Ismail, Khyril Muhymeen serta Mohd Faizal Abu Bakar.

"Dengan barisan pemain yang berpengalaman ini, Kedah mensasarkan tiga piala bagi musim ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah.

Bagi ketua jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff, beliau teruja untuk mengharungi kejohanan musim ini kerana memiliki pemain berpengalaman termasuk lima pemain yang membantu skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Pemain berkenaan ialah Khairul Helmi, Mohd Sabre, Khyril Muhymeen, Mohd Faizal dan Amar Rohidan.

Keyakinan Ahmad Yusoff turut dikongsi oleh ketua pasukan, Ahmad Fauzi Shaari.

"Kami akan mencuba yang terbaik untuk mencapai sasaran jurulatih dan pihak pengurusan," katanya.

KFA malam tadi turut melancarkan laman webnya serta memperkenalkan jersi baru untuk para pemain yang berjenama Lotto.

Kedah akan bertemu pasukan Terengganu (T-Team) bagi perlawanan pertama mereka di Stadium Darul Aman pada 29 Januari ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ferguson Belum Puas Hati

Artikel Lain